MAKLUMAN

Pada perhimpunan agung YAYASAN PERPADUAN MALAYSIA yang telah berlalu dengan jayanya pada 19 Disember 2018 yang lepas, lembaga pengerusi pemegang amanah telah sebulat suara memilih

-PROFESSOR DR SURESH KUMAR A/L P GOVIND sebagai  pengerusi yayasan perpaduan malaysia

Ini bagi menggantikan DR CHANDRA MUZAFFAR yang telah menamatkan jawatannya pada penggal 2018.

Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR CHANDRA MUZAFFAR atas segala bentuk jasa dan sumbangan baik dari segi pentadbiran mahupun kepimpinan sejak awal penubuhan yayasan perpaduan malaysia pada 2009 hinggalah ke tahun 2019. Segala jasa dan sumbangan DR CHANDRA MUZAFFAR pasti terpahat dalam momen sejarah yang amat bermakna buat yayasan dan tidak akan dilupakan.

Pada kesempatan ini juga kami mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada DR SURESH GOVIND. Kami percaya, kepimpinan dan iltizam DR SURESH GOVIND akan memacu hala tuju YAYASAN PERPADUAN MALAYSIA ke arah yang lebih jitu sekaligus lebih cemerlang pada masa akan datang.

Recent Posts