SEEKING ANSWERS TO THE TEMPLE RIOT THROUGH THE DEWAN RAKYAT

Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM) welcomes the announcement by the Minister of Home Affairs, Tan Sri Muhyiddin Yassin, that the Attorney General Tommy Thomas will order an inquest to determine the cause of fireman Muhammad Adib Mohd Kassim’s death after a post-mortem uncovered a “few clues. “An inquest has also become necessary since no one has been charged for Adib’s death which has been classified as murder.

As important as, and related to, Adib’s inquest is an honest and comprehensive investigation into the riot that occurred at the Sri Maha Mariamman temple in Subang Jaya on the 26th of November 2018. An independent investigation should establish the factors that led to the riot, the groups and individuals involved, their motives, the sequence of events that resulted in the loss of a life and the destruction of property, the role of the media, including the social media and the response of the police and fire department to the incident.

It is a pity that more than a month after the incident, the general public still does not know what actually transpired from the early hours of the 26th of November. In the absence of an authoritative account, rumours, distortions and half-truths have gained currency. These in turn have shaped public perceptions which have impacted negatively upon ethnic relations in certain circles.

Some Malay-Muslim and Indian-Hindu groups have suggested the convening of a Royal Commission of Inquiry to investigate the 26th November riot. An RCI will take time to be set up and its inquiry may be long drawn.  There is an alternative that is worth exploring.

The Dewan Rakyat can investigate the riot. This will require a resolution of the Dewan under Standing Order 88A which will enable the Dewan to establish a committee under the chairmanship of the Speaker comprising members of Parliament chosen by the Dewan Rakyat itself. Though the Dewan Rakyat is in recess at the moment, it can be summoned to assemble for this specific purpose. The committee will have wide powers of investigation and will report to the Dewan when its findings are ready. Though the report will not amount to a verdict as such, its findings will carry considerable moral weight. They can be the basis for subsequent legal and judicial action.

It is important to carve out this new role for the Malaysian Parliament. The Dewan Rakyat in particular is the highest legislative body in the land and has an unparalleled place of honour in our system of governance. Moreover, it is, collectively speaking, a multi-ethnic and multi-religious institution. It is better qualified than most other institutions to play an effective role in resolving ethnic challenges in the country. The idea of a Dewan Rakyat committee to probe a specific issue which unfortunately has assumed a communal colouring will bring Parliament into the very crux of the management of ethnic relations.

As we reflect upon the temple riot, there are a few valuable lessons we can draw from the incident. One, accurate information about the background to an incident, its evolution and its impact should be provided to the public immediately, preferably by a body in authority. Two, the lies and distortions should be countered effectively and immediately.  This may entail taking drastic action against irresponsible social media users. Three, those who are in a position to shape public opinion whether they are political leaders or social activists or media commentators, should adopt a national rather than a sectarian or parochial approach to the issue at hand. Undoubtedly, in the temple incident a number of individuals reacted to the issue from a sectarian perspective and as a result, exacerbated the situation. Four, in finding a solution the parties concerned should act fast without unnecessary delay. They should not drag their feet. When ethnic challenges are allowed to fester with no sight of a solution they tend to heighten the ethnic temperature.  Five, while the urgency of finding a solution cannot be emphasised enough, one should also ensure that it is just and fair to everyone, especially the principal ethnic actors involved. As a general guideline, one should adhere to the Malaysian Constitution and the aspirations and principles of the Rukunegara.

 

Dr. Chandra Muzaffar is the former Chair of the Board of Trustees of Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM).

Professor Dr. Suresh Kumar Govind is the new Chair of the Board of Trustees of YPM.

MENCARI JAWAPAN KEPADA RUSUHAN KUIL MELALUI DEWAN RAKYAT

Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM) menyambut baik usaha Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengarahkan inkues  diadakan ke atas kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim untuk memastikan punca sebenar kematian anggota bomba tersebut apabila beberapa ‘petunjuk’ telah dijumpai setelah bedah siasat dijalankan. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kes kematian Adib yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh sememangnya perlu inkues  memandangkan belum ada pihak yang didapati bertanggungjawab ke atas kematiannya.

Sebagaimana inkues penting dalam kes kematian Adib, siasatan yang telus dan komprehensif juga perlu dilakukan atas rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 26 November 2018. Siasatan bebas perlu dilaksanakan demi mengenal pasti punca tercetusnya rusuhan tersebut, individu-individu yang terlibat, motif rusuhan, kesan daripada insiden tersebut yang mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda, peranan pihak media, dan respons jabatan polis serta bomba.

Apa yang mendukacitakan orang awam, sehingga kini masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada awal pagi  26 November tersebut walaupun peristiwa itu telah berlaku lebih daripada sebulan yang lalu. Khabar angin mula tersebar dalam kalangan rakyat Malaysia dengan ketiadaan maklumat lengkap daripada pihak berkuasa. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjadi asbab kewujudan tanggapan negatif terhadap hubungan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beberapa kumpulan Melayu-Islam dan India-Hindu telah mencadangkan sebuah  Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan demi menyiasat rusuhan 26 November tersebut. Penubuhan suruhanjaya siasatan itu dan proses siasatannya mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Bagaimanapun, masih ada jalan lain yang boleh diikhtiarkan.

Dewan Rakyat harus dibenarkan untuk menjalankan siasatan ke atas rusuhan tersebut. Sebuah resolusi Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat 88A diperlukan untuk membolehkan Dewan mewujudkan sebuah jawatankuasa di bawah Yang di Pertua Dewan Rakyat ( Speaker) sebagai pengerusi  yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh Dewan Rakyat sendiri. Walaupun Dewan Rakyat sedang dalam penangguhan pada waktu ini, mereka boleh dipanggil semula untuk berkumpul atas tujuan khusus tersebut. Jawatankuasa tersebut akan memiliki kuasa penyiasatan yang luas dan Dewan akan dimaklumkan terus setelah keputusannya dicapai. Walaupun laporan jawatankuasa parlimen ini tidak setanding dengan penghakiman, namun keputusannya mampu membawa nilai moral yang signifikan. Syor-syor jawatankuasa ini mampu menjadi asas untuk tindakan undang-undang dan kehakiman yang seterusnya.

Peranan yang baharu untuk Parlimen Malaysia yang dicadangkan ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang penting. Dewan Rakyat khususnya, merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia dan kedudukannya tiada tandingan dalam sistem pemerintahan di negara ini. Tambahan pula, ia merupakan institusi yang terdiri daripada kaum dan agama yang pelbagai. Institusi sedemikian rupa berpotensi memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyelesaikan cabaran etnik di negara ini berbanding kebanyakan institusi yang lain. Penglibatan Parlimen melalui jawatankuasa Dewan Rakyat dalam peristiwa etnik yang konkrit akan memperkukuhkan pengalaman Palimen dalam sistem pengurusan hubungan etnik.

Setelah memikirkan tentang rusuhan yang berlaku, beberapa pengajaran bernilai boleh kita ambil daripada insiden tersebut. Pertama sekali, maklumat sahih tentang latar belakang sesebuah kejadian, evolusi dan kesannya perlu dimaklumkan kepada orang ramai dengan segera, dan perkara tersebut sebaiknya harus dilakukan oleh pihak berkuasa. Kedua, penipuan dan maklumat yang menyimpang perlu segera ditangani dengan berkesan. Perkara ini mungkin akan memerlukan tindakan yang drastik terhadap pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab. Ketiga, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi fikiran orang awam, sama ada pemimpin politik, aktivis sosial atau pengulas media, perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh, bukan sekadar pendekatan partisan dan sempit. Tidak dinafikan, dalam kejadian kuil tempoh hari,  ada beberapa individu memberi reaksi partisan terhadap isu tersebut dan sebagai akibatnya, ia menjadi lebih buruk dan tidak terkawal. Keempat, pihak yang terlibat perlu mencari jalan penyelesaian dengan segera tanpa melambatkan proses tersebut. Apabila isu etnik dibiarkan untuk memburukkan lagi keadaan, ia mampu mewujudkan persengketaan yang besar. Kelima, walau pun penyelesaian tidak harus mengambil masa yang panjang, semua pihak harus memastikan penyelesaian tersebut adalah adil kepada semua pelaku.  Sebagai garis panduan am, pihak-pihak yang terlibat seharusnya mematuhi Perlembagaan Malaysia, termasuklah cita-cita  dan prinsip-prinsip Rukunegara.

 

Dr. Chandra Muzaffar merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM).

Professor Dr. Suresh Kumar Govind ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPM yang baharu.

Image source: www.financetwitter.com

Recent Posts