English

Whatever the ramifications of the 1MDB controversy — including its impact upon the government of the day — it is crucial that Malaysians do not lose sight of its real significance to the nation and its future.

1MDB is about integrity and accountability. A strategic development company, wholly owned by the government and therefore answerable to the people, it has got into a huge mess reflected in massive debts, questionable investments, and dubious land transactions which in turn have fuelled speculations about money being siphoned off and loans approved without the consent of the authority concerned. The general public has been shocked into realization that something is terribly wrong with the company by the 1MDB –Tabung Haji deal largely because the latter is perceived as the trusted custodian of the savings of a lot of ordinary Muslims planning to fulfil a once-in-a-lifetime religious obligation.

It is because the issues of integrity and trust are so fundamental that many of us welcomed the announcement by the Prime Minister, Dato Sri Mohd Najib, on the 4th of March 2015 that the Auditor-General would conduct a thorough audit of 1MDB and submit his report to the Public Accounts Committee (PAC) of the Malaysian Parliament. While we recognize that an audit attempting to unravel the complex operations of 1MDB will take time, the people would want the exercise to be completed as expeditiously as possible. The report, it is hoped, will be honest and forthright and will not attempt to protect anyone however highly placed.

In this regard, it is commendable that the PAC has already begun its probe. If need be, it should, with the help of an international auditing firm, conduct a forensic audit to ascertain if there are actions of a criminal nature in any of the operations of 1MDB. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has already expressed its readiness to participate in the investigation. The Police it is reported has set up a task force.

All these institutions of State should realize that establishing the truth — the whole truth — about 1MDB is their sacred responsibility. It is a responsibility entrusted to them by the Malaysian people. They should never ever subordinate this responsibility to the interests of an individual or a group. They should always remember that they are trustees of the public good, not protectors of an individual.

If the well-being of society is sometimes compromised in Malaysia as in many other countries, it is mainly because the trustees of the public good have failed to uphold their trust. This is why those who have been given the task of revealing the truth about 1MDB should heed the wise words of the first of the righteous caliphs in Islam, Abu Bakr as-Siddiq, “Behold me, behold me, charged with the care of government. I am not the best among you; I need all your advice and all your help. If I do well, support me; if I make mistakes, counsel me. To tell the truth to a person commissioned to rule is faithful allegiance; to conceal it is treason.”            

Image source: https://www.malaysiakini.com/

Bahasa Malaysia

Tidak kira apa juga kesannya berhubung kontroversi 1MDB – termasuk impaknya ke atas kerajaan yang ada – adalah wajar rakyat Malaysia tidak terlepas pandang tentang kepentingannya terhadap negara dan masa hadapannya.

1MDB adalah berkaitan soal integriti dan akauntabiliti.  Sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik, yang dimiliki penuh oleh kerajaan dan bertanggungjawab kepada rakyat, ia terjebak dalam masalah hutang yang banyak, pelaburan dan urus niaga tanah yang diragui yang kemudiannya menimbulkan spekulasi berhubung wang tunai yang disalurkan dan pinjaman yag diluluskan tanpa kebenaran pihak berkuasa berkenaan. Orang ramai terkejut apabila timbul pertikaian mengenai perjanjian di antara 1MDB – Tabung Haji memandangkan lembaga tersebut dilihat sebagai pemegang amanah wang simpanan sebahagian besar umat Islam yang berhasrat untuk mengerjakan ibadah haji.

Oleh kerana isu integriti dan kepercayaan ini adalah begitu penting, maka kebanyakan kita mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 4 Mac 2015 bahawa Ketua Audit Negara akan menjalankan pengauditan menyeluruh 1MDB dan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ditubuhkan oleh Parlimen. Walaupun kita mengakui bahawa kerja mengaudit operasi kompleks seperti 1MDB akan mengambil masa, orang ramai mahu agar tugasan tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin. Laporan itu juga diharapkan dapat dikeluarkan dengan secara jujur dan telus dan tidak cuba melindungi mana-mana pihak tidak kira setinggi mana jawatannya.

Dalam hubungan ini, kami mengalu-alukan tugasan yang sudahpun dimulakan oleh PAC. Sekiranya diperlukan, ia sepatutnya melakukan pengauditan forensik, dengan bantuan firma audit antarabangsa, untuk melihat sama ada berlaku sebarang tindakan berbentuk jenayah dalam operasi 1MDB. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah menyatakan kesediaannya untuk terbabit sama dalam penyiasatan itu. Pihak polis juga dilaporkan sudah menubuhkan sebuah pasukan khas.

Kesemua institusi kerajaan ini hendaklah menyedari bahawa usaha untuk mencari kebenaran – yang sepenuhnya – mengenai 1MDB adalah kewajipan mereka. Ia adalah tanggungjawab yang diletakkan ke atas bahu mereka oleh rakyat Malaysia. Mereka tidak harus memandang remeh tanggungjawab ini semata=-mata kerana kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Mereka harus ingat bahawa mereka adalah pemegang amanah rakyat, bukannya perlindung individu tertentu.

Sekiranya kepentingan yang ad kaitan dengan masyarakat inipun kadangkalanya dikompromi di Malaysia sebagaimana ia juga berlaku di kebanyakan negara lain, ia adalah kerana pihak yang bertanggungjawab gagal melaksanakan amanah yang diberikan. Atas sebab demikianlah maka mereka yang dipertanggungjawabkan dengan pendedahan 1MDB ini harus mengingati kata-kata Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, “Saya dipertanggungjawab untuk menjaga kerajaan. Saya bukannya yang terbaik dalam kalangan kamu; saya perlu nasihat dan segala bantuan. Jika saya melakukan yang baik, sokonglah; jika saya lakukan kesilapan, nasihati saya. Untuk berterus-terang dengan orang yang dilantik untuk memerintah adalah sokongan ikhlas; untuk berselindung adalah pengkhianatan.”

Image source: https://www.malaysiakini.com/

 

Recent Posts